Itu adalah drastic choice Adam . Adam memang tak boleh nak buat apa-apa lagi . Memang tu keputusan Adam . Adam akan berkahwin dengan Sarah yang baharu 6 bulan dikenalinya , sedangkan hubungannya dengan Farhana sudah mencecah 3 tahun . Tapi Adam tetap dengan keputusannya untuk menikahi Sarah pada awal bulan 6 tahun 2011 .
Adam dan Farhana dulunya memang seperti belangkas . Mereka seperti pinang dibelah dua . Mereka merancang untuk berkahwin selepas tamatnya pengajian Farhana di UITM . Mereka bercadang membuat majlis persepsi yang gilang-gemilang . Warna emas menjadi pilihan mereka berdua . Tapi hajat tidak kesampaian . TAK SEMUA YANG KITA KEHENDAKI BERJALAN SEPERTI YANG DIRANCANG Adam meninggalkan Farhana atas sebab yang tak munasabah . " mungkin i dengan u memang tak ditentukan untuk bersama .. kita sering bertelagah kita tak serasi lebih baik kita buat haluan sendiri "
Farhana memang tidak terdaya untuk melawan . Hanya air mata menjadi teman dan kawan kawan yang masih memberi sokongan .
Adam dan Sarah melayani bahtera perkahwinan mereka dengan harmoninya .Tiada pertelingkahan . Tiada perselisihan faham . Tidak bermasam muka . Hanya gurau-gurau manja . Ayat-ayat romantik . Tengok wayang bersama . Bowling berdua . Mereka sangat serasi. Adam sering menunjukkan aksi romantik bila berhadapan dengan khalayak .. Ramai yang cemburui mereka ..Farhana isteri yang solehah pada mulanya . Menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaiknya . Tapi , lama-kelamaan Sarah mula memperwatakan dirinya sebagai ketua dalam keluarga .Enam bulan mereka berbahagia tetapi selepas 6 bulan mereka mula berkekahi . Ungkit mengungkit . Memperbesar hal-hal yang dah lepas ..
Adam mula mencari helah . Adam mula mencari kekasih hatinya yang dah lama menjadi kenangan .. Adam mencari Farhana .. Adam cuba bercerita pada Farhana apa yang dilaluinya bersama Sarah . Farhana cuba memberi peringatan supaya tak perlu nak bercerita hal keluarga padanya .. akan buruk padahnya . Adam tetap berkeras . Setiap hari Adam ingin menghubungi Farhana . Farhana serba salah pada Aiman . Aiman ? mungkin kekasih .. dan mungkin juga teman tapi mesra .. cuma Farhana tidak pasti lagi hubungan nya dengan Aiman sekadar kawan atau lebih .. Memang tidak dinafikan Farhana masih menaruh harapan pada Adam .. Hatinya kini berbelah bahagi . Kemunculan Adam semula menggugat kedudukan Aiman .. Aiman semestinya tahu Adam ialah insan pertama yang bertahta dihati Farhana . Aiman cuba membuatkan Farhana lupa kisahnya dengan Adam .. Namun , Adam sering menghubungi Farhana .. mengajaknya berjumpa .. Farhana cuba mengelak kerana tak nak mengeruhkan keadaan ..
Adam memujuk hati Farhana untuk kembali padanya . Adam berjanji tidak akan mensiakan hidup Farhana .. Farhana mula terpengaruh dengan pujukkan Adam .. Adam kekasih hatinya . Adam cinta pertamanya .. Adam adalah sebahagian daripada hidupnya .. Farhana mula melupakan Aiman . Aiman kecewa dengan sikap Farhana .. Tetapi Aiman tidak putus asa . Aiman tetap menunggu keputusan Farhana sama ada positif atau negatif .. Aiman redha ..
Adam menceraikan Sarah .. Adam ingin hidup bersama Farhana .. Farhana memang menunggu Adam .. Adam sedar Farhana cinta sejatinya .. Tapi , sayang sekali ... Farhana memilih Aiman .. Aiman lelaki berhati mulia .. Aiman sanggup menunggu Farhana sedangkan Aiman tahu Adam adalah cinta sejati Farhana .. Aiman sudah bersusah payah untuk mencuri hati Farhana.. Aiman berusaha .. hingga usahanya mendapat ganjaran .. Aiman kini bergelar suami kepada Farhana .. Adam ? Adam merana .. Adam tidak percaya Farhana akan pergi tinggalkan nya .. akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran ..
* jangan buat keputusan terburu buru .
* kenal pasti dulu masalah baru buat keputusan jangan nak main redah jer .
* kahwin bukan hal main main ..
* cinta pertama .. cinta sejati ..
* tak semua yang kita nak kita dapat
* tak semestinya berkahwin dengan orang yang kita cintai :)
*redha dengan apa yang berlaku ....
No comments:
Post a Comment